Looking into the nitty gritty of life in a different perpective.

Monday, May 12, 2014

Karnival Sukan KKM Kali Ke-28 yang berlangsung di UiTM Lendu, Melaka dari 1 hingga 5 Mei 2014 yang lalu. Pasukan Sabah menang kesemua 7 pusingan yang dipertandingkan. Ia adalah emas pertama bagi pasukan Catur Sabah yang sebelum edisi ini hanya berpuas hati di tempat ke-2. Pasukan Catur Sabah dibarisi oleh Dr. Tan Hee Ting (pengurus/kapten), Kamino Marino (penulis), Sufree Wangkee, Mahimad Petrus, Abdul Basit Saraham dan Selabisto @ Sylvester Mawal.
Pasukan Sabah berjaya meraih pingat Emas bagi acara Berpasukan dalam
Selain itu, acara Individu turut menyaksikan dominasi pasukan Sabah apabila Ahmad Sabri Wamaja dan Dua Alim Abdul Hanim masing-masing adalah Juara dan Naib Juara. Hadiah disampaikan sendiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Christina Rundi.
Sebagai sebuah pasukan yang kehilangan emas semasa di sukan KKM-27 di Kota Kinabalu 2012 apabila tewas kepada Selangor, Sabah telah bangkit semula dengan satu prestasi kemenangan yang habat untuk memenangi kesemua tujuh perlawanan mereka. Dibawah adalah kesemuanya pusingan yang dimain oleh pasukan Sabah.

Pusingan 1. Sabah 2.5 - 1.5 Perak
Pusingan 2. Sabah 3 - 1 Selangor
Pusingan 3. Sabah 2.5 - 1.5 Negeri Sembilan
Pusingan 4. Sabah 4 - 0 Putrajaya
Pusingan 5. Sabah 3.5 - 0.5 Melaka
Pusingan 6. Sabah 3.5 - 0.5 Johor
Pusingan 7. Sabah 2.5 - 1.5 KL

No comments: